TANAH MERAH, 6 Dis: Kuih dan masakan tradisional Kelantan adalah antara pilihan makanan yang sentiasa diminati oleh orang tempatan dan pelancong luar.
Exco Warisan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemahang, YB Mejar (B) Dato’ Md. Anizam Ab Rahman berterima kasih kepada Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa) selaku penganjur yang berjaya memartabatkan makanan tradisional Kelantan pada kelasnya tersendiri.
“Makanan tradisional Kelantan memang popular dan digemari ramai kerana kelazatan, khasiatnya. Kita harap program yang bermanfaat seperti ini diteruskan supaya generasi muda dapat mewarisi kepakaran nenek dan ibu masing-masing dalam menyediakan sajian warisan silam,” katanya ketika hadir menyantuni muslimah yang mengikuti Program Rencah Rasa Mek Kelate DUN Kemahang di Felda Kemahang 2 pada 2 Disember.
Menurutnya lagi, program seperti itu akan dapat mempromosi secara lebih meluas kuih-kuih dan masakan tradisional Kelantan ke luar Kelantan.