Home Berita PAS Melaka

Majlis Pentauliahan Lonjak Semangat Pengurus-pengurus PASTI Cawangan Negeri Melaka

674
SHARE

OLEH : ANAS ABDULLAH

AYER KEROH : Jabatan PASTI Negeri Melaka telah mengadakan Majlis Pentauliahan Kepada Pengurus PASTI Cawangan peringkat negeri Melaka yang berlangsung di Hotel Kobemas, Ayer Keroh Ahad kelmarin.

Majlis ini diadakan untuk memberi suntikan semangat kepada pengurus PASTI cawangan peringkat Negeri Melaka bagi menguruskan PASTI dengan sebaiknya serta jemaah yang didukung.

Majlis ini berjalan dengan lancar melalui sesi penyampaian sijil oleh Ketua Pengarah PASTI Malaysia Ustaz Syarhan Humaizi Halim kepada semua pengurus PASTI.

Turut bersama memeriahkan majlis Pengarah Bahagian Latihan Guru PASTI Malaysia Hj Ahmad Jaafar Khalid, Pengarah Bahagian Latihan Pengurus PASTI Malaysia Ustaz Danial Abd Aziz, Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka Ustaz Ahmad Bilal Rahuddin, dan Pengarah PASTI Negeri Melaka Ustaz Mohd Shafiq Ismail.