Home Berita PAS Sabah

PAS Putatan bantu mangsa kebakaran Kampung Pasir Putih

941
SHARE

Oleh : Asrul Samat
18 Februari 2020

PUTATAN : Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Putatan telah membantu mangsa kebakaran Kampung Pasir Putih yang terletak dalam parlimen ini, kelmarin dalam satu siri program Ziarah Mahabbah.

Program ini diadakan bagi menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada mangsa kebakaran di kampung tersebut yang telah berlaku sejak Januari tahun lalu.

Menurut AJK PAS Putatan, Yusrizal Anuar, mangsa-mangsa berkenaan tudaj menerima pembelaan yang sewajarnya daripada pihak kerajaan walaupun musibah berkenaan sudah berlaku lebih setahun.

“Sehingga hari ini mereka tidak dapat tempat tinggal yang selesa dan kini mereka terpaksa mendirikan rumah sendiri di tepi sungai berhampiran kawasan kebakaran menggunakan papan lapis dan kepingan zink kerana tidak dibenarkan untuk mendirikan rumah di tapak asal,” jelasnya.

Sehubungan itu, pihaknya menggesa agar pihak kerajaan memberikan satu keputusan yang melibatkan tempat tinggal dan kebajikan mangsa tersebut agar mereka dapat mendiami rumah yang lebih selesa daripada sekarang.

Tambahnya, sejak musibah itu berlaku, PAS Putatan kerap menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa kebakaran di Pusat Penempatan Sementara.

“Kita (PAS) pernah menyumbangkan tangki air, keperluan membaiki kerosakan rumah, mengadakan majlis berbuka puasa bersama mereka, memberi sumbangan Aidilfitri dan banyak lagi,” ujarnya.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Penyaras Parlimen PAS Putatan, Zulzaim Hilmee Abidin, serta beberapa orang AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Putatan dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Putatan.