Home Berita PAS Johor

MAJLIS KESYUKURAN PASTI AL- AMEN

1039
SHARE

Benut, 15 Oktober 2017- Terkini, telah berlangsungnya majlis kesyukuran bagi meraikan pelajar-pelajar Pasti Al-Amen yang mendapat johan di dalam pertandingan Kalam Jamaie di Alam Ria Pasti Malaysia peringkat kebangsaan yang lalu.

Majlis ini telah dihadiri oleh ibu bapa, pelajar-pelajar dan guru-guru PASTI . Malah, ia turut diserikan dengan kehadiran barisan pimpinan PAS Pontian iaitu Encik Firdaus bin Jaafar selaku penyelia pusat aduan rakyat dun Benut, Encik Razali bin Limat, penyelia pusat aduan rakyat dun Pulai Sebatang, ajk DMPK Pontian, Puan Zabidah binti Hasan dan Puan Nur Afifah binti Abd Karim.

Majlis yang dianjurkan oleh Encik Aminuddin bin Sanusi sebagai pengurus pasti Al-Amen, berlangsung pada jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi bertempat di Bio Cafe Pulai Sebatang,Pontian.