Home Berita PAS Melaka

Majlis buka puasa PN Masjid Tanah : 75 asnaf terima bantuan

87
SHARE

Oleh ZUL SHAM MAHAT

MASJID TANAH, 24 Apr : Seramai 75 orang asnaf terdiri dari anak yatim, ibu tunggal dan juga golongan B40 telah menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin dalam majlis Berbuka Puasa anjuran Perikatan Nasional (PN) Masjid Tanah.

Sumbangan berbentuk beras dan wang tunai bernilai RM100 itu telah disampaikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan PN Melaka yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohidden yang hadir sebagai perasmi pada majlis itu.

Selain ucapan alu-aluan oleh Mas Ermieyati dan ucapan perasmian oleh Rafiq, turut memberi ucapan di dalam majlis ini ialah Timbalan Pesuruhjaya-1 PAS Negeri Melaka, Ustaz Wan Zahid Wan Ismail.

Majlis yang berlangsung di Masjid At Taqwa Kampung Paya Lebar, Ramuan China Besar, di sini, Khamis lepas itu dihadiri oleh penduduk sekitar dan pemimpin kedua- dua parti.

Para jemputan yang hadir dalam majlis berbuka puasa ini turut berkesempatan mendengar tazkirah daripada Imam-1 Masjid At Taqwa, Ustaz Bahari sebelum tiba waktu berbuka.

Terdahulu, sekitar jam tiga petang sebelum berlangsungnya majlis berbuka itu telah dijalankan satu Majlis Tadarus diikuti dengan majlis Khatam Al Quran yang dipimpin oleh Ustazah Wan Ramlah dan tadabbur Surah Kahfi oleh Ustazah Siti Hajar Razali pada pukul lima petang.

Antara pemimpin tertinggi PAS negeri yang hadir pula terdiri daripada Timbalan Pesuruhjaya PAS-2 yang juga YDP PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah, Aziah Saad dan Ketua Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Ahmad Bilal Rahudin.

Sementara pimpinan Parti Bersatu peringkat Negeri Melaka yang hadir dalam majlis ini ialah Ketua Penerangan Bersatu Negeri Melaka, Azrudin Datuk MD Idris serta Jawatankuasa Armada Melaka dan Jawatankuasa Bahagian Armada serta Serikandi Bersatu.

Turut sama dalam Majlis ini ialah Setiausaha Parti Gerakan Negeri Melaka yang juga Ketua Parti Gerakan Masjid Tanah, Tee Teck Min.

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

.         SAMBAL IBU SARI        .