Home Berita PAS Johor

Majlis Apresiasi rai petugas dan jawatankuasa Muslimat Johor

151
SHARE

Majlis Apresiasi rai petugas dan jawatankuasa Muslimat Johor

Oleh : ‘Aisyaa Yasmin

Batu Pahat,16 Januari: Majlis Apresiasi Dewan Muslimat PAS Negeri Johor, (DMPNJ) diadakan semalam bertujuan meraikan petugas yang terlibat dalam muktamar negeri dan pusat.

Majlis yang diadakan di Kompleks PAS Batu Pahat, Sg.Tongkang itu turut meraikan jawatankuasa DMPNJ sesi lepas sekali gus mengiktiraf kepimpinan sesi ini.

Menurut Adibah Jamal selaku pengarah program ini, beliau berharap agar para muslimat terlibat dapat meneruskan khidmat bakti mereka untuk parti ke sesi seterusnya.

Beliau yang kagum dengan persefahaman dan kerjasama dari setiap jawatankuasa yang terlibat, berharap agar para muslimat dapat menunjukkan prestasi gerak kerja yang lebih baik pada masa akan datang .