Home Berita PAS Melaka

Ameerah Melaka sempurna amanah penderma untuk mangsa banjir di Sungai Rambai

136
SHARE

Oleh SITI HAJAR

JASIN, 17 Jan : Ameerah PAS Negeri Melaka telah menyempurnakan amanah para penderma dengan penyampaian sumbangan kepada beberapa penduduk yang terjejas dalam satu Misi Bantuan Pasca Banjir di Sungai Rambai, yang berlangsung kelmarin.

Menurut Pengarah Ameerah PAS Negeri Melaka, Humaira Jameelah Isa, sebanyak 17 buah rumah telah menerima bantuan dalam bentuk wang tunai dan barang keperluan seperti tilam toto, bantal dan tuala wanita.

“Rata-rata penduduk Sungai Rambai yang kita temui mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Ameerah dan bersyukur atas kehadiran team Ameerah ini.

“Di samping itu, alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan kepada semua sukarelawan Ameerah dan Briged Muslimat atas sumbang tenaga yang diberikan sepanjang misi pasca banjir ini. Semoga Allah SWT membalas jasa baik semua dengan sebaik-baik ganjaran,” kata beliau.

Humaira menjelaskan bahawa Ameerah Melaka memfokuskan beberapa tempat di kawasan Sungai Rambai iaitu Kampung Parit Putat Benteng, Kampung Janda Berhias dan Kampung Parit Sialang yang mula dilanda banjir yang bermula sekitar 18 Disember lepas.

Turut serta ialah Pengerusi Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Ustazah Musfirah Abdul Rahman, wakil daripada Briged Muslimat Melaka dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Amal Barakah Malaysia.