Home Berita PAS Kelantan

Majlis Anugerah Kecemerlangan PASTI DUN Pasir Pekan

272
SHARE

PASIR PEKAN, 19 Mac: Majlis Anugerah Kecemerlangan PASTI peringkat DUN Pasir Pekan telah diadakan bagi meraikan murid-murid PASTI di dalam DUN Pasir Pekan. Majlis ini melibatkan seramai 272 orang murid 6 tahun dari 11 buah PASTI di dalam DUN Pasir Pekan yang berjaya menamatkan pengajian peringkat prasekolah.

Majlis yang berlangsung di Dewan SMU (A) Bustanus Saadah, Morak telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob selaku ADUN Pasir Pekan. Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada para guru dan ibu bapa yang berjaya mendidik anak-anak soleh dan solehah ini dengan acuan pendidikan Islam.