Home Berita PAS Kelantan

Mahu mudahkan rakyat miliki rumah

763
SHARE

TANAH MERAH – Kerajaan negeri bercadang akan memperkenalkan satu kaedah terbaik dalam usaha memudahkan rakyat Kelantan dapat memilik rumah mampu milik di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, cadangan itu sekurangnya dapat memberi peluang kepada golongan berpendapatan sederhana dapat memiliki rumah terbabit.

Ahmad berkata, bagaimanapun cadangan terbabit masih lagi dalam peringkat perbincangan.

“Kita harap usaha untuk membantu rakyat ini membolehkan golongan yang berpendapatan antara RM3,000 hingga RM 5,000 ke bawah mampu memiliki rumah.

“Jika sebelum ini pembeli rumah perlu mempunyai dokumen yang sah termasuk slip gaji untuk pengesahan sebagai prosedur pembelian rumah namun bagi peniaga ia mungkin menyukarkan kerana mereka tidak mempunyai slip gaji,” katanya.

Beliau berkata, kepada pemberita ketika sidang media di majlis Mesra Bersama Pemohon Rumah Mampu Milik Kelantan Mukim Pasir Genda di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Ketua Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Datuk Dr Zawawi Ismail.

Beliau berkata, pihaknya juga turut mengemukakan cadangan untuk mengambil kira pendapatan isteri sebagai penjamin bagi melayakkan ketua keluarga dalam isi rumah mendapat pembiyaan dengan mudah.

“Kegagalan mendapatkan pembiayaan itu sekali gus menjejaskan hasrat kita untuk memastikan rakyat di negeri ini mempunyai rumah sendiri.

“Setakat ini kerajaan Kelantan menerusi agensinya termasuk PKINK sudah menyiapkan lebih 5,000 rumah mampu milik di seluruh negeri ini,” katanya.

Ahmad berharap, usaha untuk membantu rakyat memperoleh kediaman mampu milik di negeri ini dapat dilaksanakan dengan baik dan memberi kemudahan kepada rakyat. SINAR HARIAN 21 MAC 2018