Home Berita PAS Kedah

Maahad Dini Sik mercu tanda baharu Kedah

319
SHARE

Oleh HELMI KHALID

Maahad Dini Sik, bernilai RM12.5 juta, bakal dibangunkan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di atas sebidang tanah seluas 15 relong yang diwakafkan oleh seorang individu di Kampung Batu Seketul, Sik.

Seluas 30 ekar lagi bakal ditambah untuk pembangunan maahad ini.

Kompleks pendidikan ini akan dilengkapi bangunan sekolah dan asrama.

Menteri Besar Kedah, Haji Muhammad Sanusi Md. Nor,Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Paduka Ammar Shaikh Mahmood Naim yang juga Pengerusi LZNK turun melawat kerja-kerja awal projek pendidikan yang diilhamkan Haji Sanusi ini.

Pegawai Daerah Sik, Mahamad Shuhaimi Man bersama pimpinan setempat turut hadir mendengar taklimat ringkas oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Haji Zakaria Othman di tapak maahad tersebut.

Terletak bersebelahan Tasik Empangan Beris, di kawasan berbukit, bakal menjadi satu lagi mercu tanda baharu untuk pembangunan negeri Kedah.

“Untuk kerja-kerja awal dah ada duit, dua tahun setengah In Shaa Allah akan siap, kena pakat bantu LZNK untuk sama-sama kita jayakan projek membina kompleks pendidikan ini, ia selari dengan matlamat kerajaan untuk jadikan Sik sebagai daerah ilmu.

“Kita akan beri keutamaan untuk anak-anak asnaf, mereka mesti ada ilmu untuk mereka mampu keluar dari asnaf.” Kata Haji Sanusi.