Home Berita PAS Kedah

Maahad As Syatirie kebakaran, kerugian lebih RM150,000

68
SHARE

Oleh TASNIM MUSTAFFA

JERAI –Maahad As Syatirie mengalami kerugian lebih RM150,000 dalam kejadian kebakaran yang memusnahkan asrama penginapan pelajar dan surau, dekat Dulang Besar, Sabtu lalu.

Dalam kejadian sekitar jam 6.25 petang itu, kesemua 15 pelajar sedang menyertai aktiviti di luar sebelum menyedari asap tebal datang dari bahagian atas bangunan asrama.

Keadaan api yang marak memusnahkan keseluruhan bahagian atas bangunan yang dijadikan asrama penginapan pelajar.

Mudir Maahad As Syatirie, Ustaz Zainuddin Zainal berkata keadaan api yang marak telah memusnahkan semua peralatan dan kelengkapan pelajar.

“ Tambah pulak cuaca la ni panas, api telan semua barang-barang pelajar dalam asrama kami,

“Anggaran kerugian adalah sebanyak rm150,000 dan kami sangat mengharapkan sumbangan daripada semua untuk bangunkan semula”, ujar Ustaz Zainuddin Zainal, Mudir Mahaad ini.

Orang ramai yang ingin membantu boleh berhubung terus Ust. Zainuddin bin Zainal (Mudir) 019-4168341/ 010-8086017 dan boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam (0201101012673) Maahad As Syatirie Dulang Besar