oleh: NOR FATIN
ALOR SETAR, 8 MAC – Luar jangka, seramai 200 orang peserta berusia 7 – 13 tahun sertai Program Kem Anakku Sejahtera yang bertempat di Masjid Nurul Ehsan Langgar.
Program kali ini mendapat sambutan yang sangat luar biasa daripada masyarakat setempat sehinggakan seawal jam 5 pagi lagi, kelihatan beberapa waris mula menghantar anak-anak mereka ke program dan mencecah 100 peserta pada jam tersebut.
Program yang berlangsung tersebut merupakan inisiatif daripada anjuran Sekretariat Pembangunan Insan Badan Perhubungan PAS Kedah dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Pokok Sena dan Ameerah Pokok Sena bersempena cuti persekolahan .
Program ini ini banyak memberi pendedahan kepada peserta mengenai ilmu menunaikan ibadah solat yang sempurna di samping membantu anak-anak memperbetulkan kesalahan-kesalahan yang dibiasakan ketika solat.
Antara pengisian dalam program tersebut adalah qiamullail berjemaah, slot cilik chef, praktikal solat dan slot perbetulkan Al-Fatihah.
Sebelum program berakhir, peserta dikehendaki menjawab kuiz penilaian sebagai pemantauan tahap prestasi mereka terhadap apa yang sudah diajar.
Program yang berlangsung selama 12 jam ini boleh disifatkan sebagai program yang lebih memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.
Majlis Perasmian Penutup Kem Anakku Sejahtera dirasmikan oleh YB Dato Wan Romani Wan Salim, YDP PAS Kawasan Pokok Sena, ADUN Bukit Pinang, Exco Kerajaan Negeri Kedah. Beliau berkata ibu-bapa adalah orang yang terpenting untuk membentuk peribadi anak-anak.
“Ibubapa adalah insan pertama yang mencorak anak-anak di rumah supaya mereka taat kepada perintah agama”. Katanya.
Turut hadir bersama-sama YBhg Ustaz Ahmad Hamadah bin Mohamad Shauqi, Ketua Pemuda PAS Kawasan Pokok Sena.