Home Berita PAS Terengganu

Pemuda Pas Lapor Polis Portal Cetus Fitnah Melampau

254
SHARE

KUALA TERENGGANU, 8 Mac – Pemuda Pas Terengganu hari ini membuat laporan polis terhadap satu portal yang menulis berkenaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menderhakai institusi istana.

Ketua Pemuda, Mohd Harun Esa berkata artikel yang bertajuk ‘Hadi Show Middle-Finger to Sultan Terengganu’s Decree, Inspires ISIS Terrorists to Take Over Malaysia’ oleh financetwitter.com disifatkan jahat dan melampau.

“Laporan polis ini kami (pemuda Pas) buat bagi menegaskan bahawa artikel oleh portal berita ini disifatkan cukup melampau.

“Kandungan artikel tersebut jauh daripada konteks yang diungkap oleh Presiden Pas, bahkan kami yakin tulisan ini adalah untuk melagakan antara tokoh politik dengan Sultan Terengganu padahal hubungan antaranya sangat baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, di sini hari ini.

Mohd Harun juga berkata, pihaknya menuntut portal tersebut menarik balik artikel itu dan tidak lagi mengulangi hal sama pada mana-mana individu.

Pemuda Pas menyatakan bahawa tidak beragak-agak akan meneruskan tindakan undang-undang sekiranya pihak portal itu tidak mengambil tindakan sewajarnya.