Home Berita PAS Melaka

LPN PAS Melaka kunjung hormat Pesuruhjaya sempena sambutan hari lahir

319
SHARE

Oleh ADAM BABA

MASJID TANAH, 27 Feb : Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) Perhubungan PAS Negeri Melaka telah mengadakan satu kunjung hormat ke atas Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek sempena ulang tahun kelahiran beliau.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi LPN PAS Melaka, Zainudin Latif dalam satu kenyataan media yang dihantar ke Bilik Berita WARM Jabatan Penerangan PAS Melaka malam tadi.

Menurut Zainudin lawatan tersebut telah diadakan di pejabat Ustaz Kamarudin yang juga merupakan Penasihat Agama Kepada Ketua Menteri Melaka, di Seri Negeri, Ayer Keroh, petang semalam.

“Lajnah Perpaduan Nasional PAS Melaka memilih 26 Feb 2021 bersempena hari kelahiran Datuk Ustaz Kamarudin Sidek yang ke-52.

“Sehubungan itu, pertemuan ini membolehkan LPN dan Penasihat Agama berbincang dan berkongsi mengenai isu-isu semasa dan sebarang kerjasama yang boleh dijalinkan,” ujar Zainudin dalam kenyataan itu.

Menurut Zainudin, Pesuruhjaya PAS Melaka itu juga ada memberi sedikit nasihat serta amanat bagi LPN PAS Negeri Melaka meneruskan usaha-usaha murni gerak kerja dakwah kepada non-Muslim di Negeri Melaka yang bertuah ini.

“LPN PAS Negeri Melaka juga mengucapkan selamat hari lahir, mendoakan agar Pesuruhjaya PAS Melaka dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, disihatkan tubuh badan dan sentiasa dalam rahmat Allah,” ujar beliau di dalam kenyataan itu.