Home Artikel PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah | Pengisytiharan penyerahan Istana Jamaiah untuk dijadikan Kolej Islam Se-Malaya

210
SHARE

27 FEBRUARI 1953 (JUMAAT)

PADA hari ini dalam tahun 1953, Duli Yang Maha Mulia Sultan Hisamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah, telah mengisytiharkan penyerahan Istana Jamaiah untuk dijadikan Kolej Islam Se-Malaya.

Istana Jamaiah dan tanah tapaknya, telah diserahkan oleh Sultan kepada Majlis Agama Islam Selangor untuk ditadbirkan.

Sultan Selangor telah membuat pengisytiharan dalam titah pembukaan Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor yang pertama semenjak Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam disahkan oleh Majlis Mesyuarat Negeri Selangor.

Pengisytiharan penyerahan Istana Jamaiah untuk dijadikan Kolej Islam Se-Malaya, menjadi detik bersejarah dalam perkembangan pendidikan Islam di mana Kolej ini berkembang pesat sebagai sebuah pusat pengajian tinggi Islam yang terkenal di Malaysia yang berjaya melahirkan ramai cendikiawan agama Islam di negara ini.

Sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia

Kredit foto : Google

Duli Yang Maha Mulia Sultan Hisamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah