Home Berita PAS Kelantan

Loji Rawatan Air (LRA) Kampung Telok akan mula beroperasi

728
SHARE
KOTA BHARU, 18 Ogos: Loji Rawatan Air (LRA) Kampung Telok akan memulakan operasi tidak lama lagi setelah lama ‘berehat’ ekoran PKP.
LRA Kampung Telok masih lagi dalam proses ‘running test’ bagi mendapatkan kualiti air yang terbaik untuk kelulusan KKM.
Projek yang bernilai RM48.2 juta ini mampu membekal 30 juta liter sehari air bersih terus ke Tangki Air Kemumin yang kemudiannya menyalurkan kepada pengguna di Sabak, Panji, Jalan Maktab, Kemumin dan Kota Jembal.
Projek ini turut menyediakan sebuah tangki air.