Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA
KUALA KRAI, 23 Sept: Projek Loji Rawatan Air (LRA) Kuala Krai dinaiktaraf dari enam Juta Liter Sehari (JLH) kepada 30 JLH melibatkan dua projek utama di LRA Tualang 1 dan 2.
Menurut Jurutera Operasi Loji Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) Hasanul Anuar Ghani, LRA Tualang 1 dalam fasa akhir penambahbaikan reka bentuk kapasiti dari loji sedia ada yang mampu dinaik taraf dengan membekalkan 10 JLH kepada pengguna.
βLRA Tualang 2 pula ialah loji baharu yang siap dibina dua tahun lepas. Kos pembinaan RM42 juta didanai Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan mampu membekalkan 20 JLH kepada pendudukβ, katanya ketika sesi temu bual semalam.