Home Berita PAS Kelantan

Pakej Bantuan Cakna Rakyat Fasa 2: Tambahan RM2.25 juta untuk peniaga kecil

163
SHARE
Pakej Bantuan Cakna Rakyat Covid-19 Fasa Kedua kepada peniaga-peniaga kecil yang terkesan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0
Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA
KOTA BHARU, 17 Jun: Prihatin dengan masalah rakyat yang terkesan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 khususnya peniaga-peniaga kecil, kerajaan negeri bersetuju untuk fasa kedua memperuntukkan sebanyak RM50 ribu bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM2.25 juta, demikian menurut kenyataan media Menteri Besar, YAB Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob hari ini.
Bantuan ini akan disalurkan melalui 45 Pusat Khidmat DUN sebagai pusat khidmat yang bertanggungjawab untuk mengagihkan kepada peniaga-peniaga kecil yang terkesan.
Sebelum ini, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM2.7 juta sebagai bantuan kepada rakyat yang terkesan Covid-19 menerusi Pakej Bantuan Cakna Rakyat Covid-19.
Dato’ Ahmad berharap, semoga dengan peruntukan tersebut dapat meringankan beban peniaga-peniaga kecil serta turut mengajak rakyat sama-sama berdoa dan berikhtiar semoga Allah SWT segera mengangkat wabak ini.