Home Berita PAS Kelantan

Lima usahawan terima sumbangan Skim Bina Usahawan Kerajaan Negeri

277
SHARE

KOTA BHARU, 29 Dis: Seramai lima orang usahawan menerima sumbangan di bawah Skim Bina Usahawan Kerajaan Negeri sebagai galakan untuk membantu meningkatkan perniagaan mereka.

Majlis penyampaian sumbangan disempenakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bunut Payong, YB Dato’ Dr Ramli Mamat di Pusat Khidmat DUN (PKD) Bunut Payong, semalam.

“Skim Bina Usahawan Kerajaan Negeri merupakan inisiatif dan peruntukan di bawah Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan sebagai dorongan dan semangat kepada usahawan untuk meningkatkan perniagaan dalam bidang masing-masing,” katanya.