Home Berita PAS Kelantan

Liga Elit DUN bersifat sukan rakyat

86
SHARE

KOTA BHARU, 29 Nov: Liga Elit DUN (LED) adalah sukan bersifat sukan rakyat atau sukan komuniti kepada para belia di seluruh negeri Kelantan dianjurkan oleh Urus Setia Belia, Sukan dan NGO (U-BeS).

Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Wan Roslan Wan Hamat ketika menjawab soalan bertulis daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, YB Hilmi Abdullah pada Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Yang Kelima Dewan Negeri Kelantan Ke-14, hari ini.

Katanya, U-BeS bukanlah satu badan besar yang mampu untuk mengadakan suatu program bola sepak bertaraf negeri.
“Sehubungan itu tiada program susulan khusus bola sepak selepas Kejohanan Liga Elit DUN 2022, selain daripada kerajaan negeri menganjurkan pula Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kelantan antara Liga Elit DUN,” jelasnya.

Berhubung perkara yang sama ujarnya, namun pada masa yang sama Liga Elit DUN turut mendapat perhatian daripada pasukan bola sepak Kelantan (The Red Warrior) dan juga Kelantan United Football Club (KUFC) melihat pemain yang mempunyai potensi untuk diserapkan dalam pasukan masing-masing.