Home Khas

LGBT, PAS Laksanakan Sekadar Kemampuan

122 views
SHARE

Apa yang PAS laksanakan untuk tanggani LGBT? Seolah-olah PAS  ini hanya pandai mengkritik dan menghukum semata-mata. Tuduhan ini dikeluarkan oleh orang yang membeci PAS sejak lama lagi. Benci mungkin kerana kecewa. Mungkin dia marah sebab PAS tidak pakai idea dia. Yang pastinya memang dia ada masalah hati dengan PAS. Apa sahaja PAS buat mesti dia hentam. PAS tidak marah, tetapi jangan hentam membabi buta begitu sahaja. PAS sedia terima teguran. Jangan ambil maklumat daripada musuh PAS.

Sedangkan PAS sudah mendekati golongan ini sejak tahun 2007 lagi, sewaktu pejabat PAS Pusat berpindah ke Jalan Raja Laut. Program ini berjalan hingga kini. Malahan program korban pun dibuat khusus untuk golongan ini. Bukan sahaja puak LGBT, malahan pelacur, penagih dadah, kanak-kanak terpinggir turut disantuni. Ia dikendalikan oleh Lajnah Kebajikan PAS Pusat pimpinan Dr Rosni Adam.

Boleh dikatakan setiap minggu pada hari Jumaat, Lajnah Kebajikan PAS Pusat menyediakan makanan percuma untuk 200 orang. Ia bergantung kepada sumber kewangan dan pihak yang pemurah untuk menaja. Mereka diberi tazkirah dan ada juga skuad pemuda dan lajnah yang turun berjumpa dengan golongan ini. Soal mereka hendak berubah atau tidak, ini bukan urusan kita, serahlah kepada Allah SWT.

Ringkasnya, kalau hendak tuduh pun, selidik dahulu. Fikir dahulu, baru bercakap. Kalau benci jangan sampai fitnah pula. PAS bukan minta dipuji. Aktivis PAS bekerja kerana Allah. Ada di kalangan mereka tidak belajar tinggi sampai Phd, tetapi mereka istiqamah dalam kerja amal. Mereka bukan hanya sibuk memberi komen di media sosial, tetapi turun ke medan. Bukan bercakap tidak serupa bikin.

Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
14/8/18