Home Berita PAS Melaka

Lensa WARM | Sekitar misi bantuan pasca banjir Ameerah Melaka di Sungai Rambai

117
SHARE

Oleh SITI HAJAR

JASIN, 17 Jan : Ameerah PAS Negeri Melaka telah melaksanakan satu Misi Bantuan Pasca Banjir Kampung Parit Putat Benteng, Kampung Janda Berhias dan Kampung Parit Sialang di Sungai Rambai, yang berlangsung kelmarin.

Sebanyak 17 buah rumah telah menerima bantuan dalam bentuk wang tunai dan barang keperluan seperti tilam toto, bantal dan tuala wanita.

Turut serta ialah Pengarah Ameerah PAS Melaka, Humaira’ Jameelah Isa, Pengerusi Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Ustazah Musfirah Abdul Rahman, wakil daripada Briged Muslimat Melaka dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Amal Barakah Malaysia.

Berikut ialah foto-foto menarik yang terakam oleh Lensa WARM: