Home Berita PAS Melaka

Lensa WARM | Pelepasan misi bantuan pasca banjir PAS Melaka ke Temerloh

170
SHARE

Oleh IBNU JANIE
Foto : ABU ANAS – ANUAR IBRAHIM- MOHD NAZRIN RAHIM

HANG TUAH JAYA, 1 Jan: Pesuruhjaya PAS Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail telah menyempurnakan pelepasan kontijen misi bantuan banjir ke Temerloh, Pahang yang berlangsung di Dewan Al-Mualim Haji Wahid, Bukit Katil, di sini, pagi tadi.

Misi di bawah kelolaan Khidmat Malaysia (KM) Melaka dengan pengerusinya Muhamat Puhat Bedol bersama dengan entiti-entiti di bawah KM iaitu Jabatan Amal Malaysia (JAM), Ameerah Melaka dan beberapa lagi NGO di bawah PAS.

Konvoi melibatkan sebuah bas, sebuah van, empat buah pacuan empat roda dan lapan buah kereta dengan membawa lebih 50 orang sukarelawan dan barang-barang keperluan untuk disumbangkan kepada mangsa banjir.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya-1 Bakri Jamaluddin, Ketua Dewan Muslimat negeri, Kintan Man, Ketua Dewan Pemuda negeri, Muhammad Al-Afiz Yahya, Pengerusi Lajnah Kebajikan negeri, Mohsin Ibrahim, Yang Dipertua PAS Kawasan Hang Tuah Jaya, Ramli Dalip dan lain-lain pimpinan PAS.

Berikut ialah antara foto-foto menarik yang terakam di LENSA WARM :

Para peserta kontijen dan pimpinan tiba dan berkumpul di Dewan Al-Mualim.

Proses memasukkan barang-barang bantuan ke dalam kenderaan yang menyertai konvoi.

Mendengar pesanan dan amanat daripada Pesuruhjaya PAS Melaka

Pelepasan kontijen oleh Pesuruhjaya PAS Melaka