Home Berita PAS Wilayah

Selamat Menyambut Tahun Baru 2022

155
SHARE

Selamat Menyambut Tahun Baru 2022

‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى -٣٩- وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَى -٤٠- ثُمَّ يُجْزَاهُ الْجَزَاء الْأَوْفَى –

٤١-

“Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya, dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya), kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna.” (Surah An-Najm 39-41)

PAS Kawasan Batu mengucapkan Selamat Tahun Baru 2022 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Justeru, seiring dengan perubahan tahun ini, marilah kita sama-sama bermuhasabah dan menetapkan azam dalam diri untuk berubah ke arah yang lebih baik.

2021 merupakan tahun yang mencabar buat kita semua baik dari segi ekonomi, politik mahupun sosial. Bencana banjir yang meragut nyawa dan hilang tempat tinggal sangat memberi kesan apatah lagi dengan suasana covid-19.

Namun, kita pasti mampu mengharungi apa sahaja cabaran yang mendatang jika kita kekal dengan semangat muhibbah, menjaga perpaduan dan terus bersatu.

Buat penuntut ilmu, tuntutlah ilmu sebaiknya dan jagalah akhlak kita sebagai penuntut ilmu. Semoga keberkatan ilmu itu menatijahkan kecemerlangan di dunia mahupun di akhirat.

Akhir kata, tanamkan tekad, teruskan langkah. Semoga tahun baru tercipta sejarah indah.

PAS KAWASAN BATU
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BATU
DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN BATU

28 Jamadilawal 1443H
1 Januari 2022

“Kita Sejahtera Bersama”
“Islam Memimpin Perpaduan”