Home Kenyataan Media PAS Johor

Semanis senyuman Palestin

85
SHARE

Semanis senyuman Palestin

Tahun 2021 telah melabuhkan tirainya.

Terlalu banyak memori untuk dirumuskan.

Bermula dengan kejutan PKP 3.0 sehingga merencatkan pertumbuhan ekonomi negara, institusi keluarga, dan individu yang mengisinya.

Begitu juga kecelaruan politik yang tidak menentu sehingga berlaku perubahan kerajaan ‘lama’ kepada yang ‘sama’.

Setiap individu pastinya punya coretan tersendiri.

Begitulah nasib saudara kita di bumi Palestin yang saban harinya meletakan takdir Allah sebagai penerus kelangsungan hidupnya.

Tetap berusaha membina negara biar pun saban tahun musnah dek bedilan musuh penghuni tanah mereka sendiri.

Apa yang pasti, mereka terus mengharapkan (meyakini) umat Islam seluruh dunia itu bersatu padu.

Itu lah kunci utama kemenangan bagi mereka.

Bersyukur kita diuji sepanjang 2021 antara hikmah Nya agar kita bersatu membentuk Perpaduan Ummah.

Muafakat sudah, Penyatuan pun sudah.

Bersama kita memasak TEKAD 2022 mengharmonikan Keluarga Malaysia dari ummah untuk ummah, Demi Islam Memacu Perpaduan.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

وَلَـقَدْ اَرْسَلْنَا مُوْسٰى بِاٰ يٰتِنَاۤ اَنْ اَخْرِجْ قَوْمَكَ مِنَ الظُّلُمٰتِ اِلَى النُّوْرِ ۙ وَذَكِّرْهُمْ بِاَ يّٰٮمِ اللّٰهِ ۗ اِنَّ فِيْ ذٰلِكَ لَاٰ يٰتٍ لِّـكُلِّ صَبَّا رٍ شَكُوْرٍ“Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: “Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah. “Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.”
(Ibrahim 14: Ayat 5)

Terima kasih 2021..
Selamat datang 2022..

Ahmad Nawfal bin Mahfodz
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Ketua Pemuda Perikatan Nasional Johor
1 Januari 2022