Home Berita PAS Sabah

PAS Keningau ziarah kasih pesakit kanser tahap 4

52
SHARE

Oleh: Mimi Hazwa M.Shom
13 NOVEMBER 2022

KENINGAU: PAS Keningau melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kawasan Keningau meneruskan program ziarah kasih dan kali ini membuat ziarah kasih ke atas seorang pesakit iaitu Asimah Palidan yang diuji dengan penyakit kanser hidung tahap 4 juga merupakan ahli muslimat DMPK keningau yang menetap di Kampung Merampong.

Ziarah kasih pada kali ini diketuai oleh Ketua Lajnah kebajikan dan kemasyarakatan Dewan muslimat PAS Negeri Sabah (DMPNS), Nor Azian Sapiai yang juga merupakan ketua DMPK Keningau.

Turut turun hadir dalam program ziarah ialah Rounah Rumbayah Ahli Jawatankuasa Lajnah kebajikan dan kemasyarakatan DMPK Keningau.

Sumbangan berupa beras dan wang tunai turut diserahkan kepada pesakit untuk menampung sedikit sebanyak kos rawatan pesakit berkenaan.

“Semoga pesakit diberikan kesembuhan juga diberikan kesabaran, ketabahan dan kekuatan melalui ujian kesihatan dan kesusahan yang dihadapi dan mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih kepada individu yang menyumbang,” ujar Nor Azian.

Mengulas lanjut, Nor Azian berkata melalui ziarah kasih ini kebajikan setiap ahli terutamanya sentiasa dijaga. Bukan hanya kebajikan ahli, kebajikan dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat di sekitar daerah Keningau khususnya juga turut sama diutamakan sebagai tanda keprihatinan DMPK keningau kepada masyarakat