Oleh SHARIFAH AJIL
MUAR, 25 Okt : YB Adun Maharani, Abd Aziz Talib bersama Penyelaras Parlimen Muar, Ustaz Abdullah Hussin, turun menyantuni masyarakat dengan beberapa program sepanjang minggu.
Walaupun sibuk dengan mesyuarat peringkat Perikatan Nasional Negeri, kawasan dan mesyuarat pimpinan PAS negeri dan kawasan Muar, namun tidak menghalang Cikgu Abd Aziz untuk turun menyantuni masyarakat.
Pada pagi 20 Oktober merasmikan temasya sukan di SK Parit Keroma sementara petang bersama Yayasan Amal di Muhayat Homestay, Sarang Buaya.
Pada malamnya pula, bersama Penyelaras Parlimen Muar, Ustaz Abdullah menghadiri jemputan Maulidur Rasul di Masjid Al Mannar, Parit Sakai. Dapat bertemu sahabat lama Ustaz Abdullah iaitu bekas Mufti Johor, Dato Noh Gadot yang menjadi tetamu utama majlis tersebut.
Seterusnya, pada 21 Oktober mereka bersama BERSATU menyantuni 30 orang keluarga masyarakat India dengan menyampaikan sumbangan untuk persiapan menyambut perayaan Deepavali.
Sempat juga menghadiri majlis walimah guru PASTI Ar Rahmah, Cikgu Shazwani.
Pada 22 Oktober pula bersama Pemuda dan ARC Muar dalam program Cuci Motor Percuma di Bamboo Carwash, Parit Seri. Turut hadir team kawasan bantu Bakri dan Ledang dan Jabatan Amal.
Diteruskan dengan program Ziarah Medik & Kebajikan bersama LKK Muar di sekitar Muar. LKK Negeri Johor turut turun bersama LKK Muar menyantuni 20 buah rumah penduduk yang terlibat banjir.
Turut serta dalam program-program ialah, Ameerah, Jabatan Amal dan ARC Muar.