Home Berita PAS Johor

Lensa JAMNJ – Jambori Perkhemahan Tahunan Amal Johor di Jeram Tinggi

143
SHARE

Lensa JAMNJ – Jambori Perkhemahan Tahunan Amal Johor di Jeram Tinggi

Oleh : IBNU KHAIRUL

JEMENTAH , 6 Jun : Jambori Perkhemahan Tahunan Jabatan Amal Negeri Johor (JAMNJ) telah dilaksanakan di kawasanJeram Tinggi, dekat sini kelmarin.

Program perkhemahan selama dua hari itu dengan kehadiran 80 orang peserta ahli JAMNJ melibatkan beberapa kawasan di seluruh negeri Johor.

Antara kawasan yang hadir ialah Muar, Ledang, Pagoh, Bakri, Labis, Segamat, Sekijang, Iskandar Puteri, Johor Bahru, Kulai, Pasir Gudang, Semberong, Kluang dan Batu Pahat.

Beberapa pengisian program yang dijalankan adalah seperti pembelajaran Kompas Marching, Medik, Semboyan, Ikatan Tali dan Gadjet. Diadakan juga pertandingan tarik tali, bowling kelapa, bola beracun, menyelamat di hutan, mencari harta tersembunyi dan Malam Kesenian Islam (qasidah, nasyid dan dikir barat).

Pengisian rohani selepas maghrib dan subuh, kuliah disampaikan oleh Ustaz Kamarulzaman Sulaiman bekas pensyarah UiTM Segamat dan Ustaz Nawfal Mahfodz, Ketua Pemuda PAS Johor.

Tidak dilupakan juga program khidmat masyarakat iaitu membersihkan tandas awam, mendirikan tandas taktikal dan memasang sumber air di situ. Juga membersihkan kawasan dengan memesin rumput.

Perasmian penutup Jambori PTA Amal Johor dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah 4, Jabatan Amal Malaysia (Unit Pelapis), Ustaz Rosazli Md Yassin.