Home Berita PAS Terengganu

Lebih 6,000 ahli Bersatu sokong Abe Zul

707
SHARE

BESUT – Semua ahli Parti Bersatu Peribumi Malaysia (Bersatu) Besut menyokong penuh calon Perikatan Nasional (PN) Terengganu bagi parlimen tersebut pada 19 November nanti.

Ketua Bahagian Bersatu Besut, Dato’ Mohd Husaimi Hussin berkata keahlian Bersatu Besut mencecah 6,000 orang menyokong penuh calon PN-PAS yang ditampilkan.

“Pengalaman bagi ahli parlimen Besut sebelum ini banyak, tapi masih lagi gagal. Pembangunan dikatakan banyak tapi tidak siap kerana sesama mereka (UMNO) fokus angkat nama masing-masing.

“UMNO ini yang kita tidak nampak adalah mereka bercakaran. Cadangan pembinaan hanya datang waktu pilihanraya sahaja,” katanya dalam Ceramah Umum Pengenalan Calon P.033 Parlimen Besut di Markaz Tarbiyyah Kuala Besut.


Beliau turut berkata, Bersatu Besut akan bekerja keras bersama parti komponen Perikatan Nasional dalam memastikan kerusi parlimen Besut menjadi salah satu kerusi ke Dewan Rakyat.

Calon PN-PAS Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh atau lebih mesra dikenali ‘Abe Zul’ bakal bertanding dengan Ketua Bahagian UMNO Besut, Datuk Nawi Mohamad, Abd Rahman@Abd Aziz Abbas (Pakatan Harapan) dan Datuk Wan Nazari Wan Jusoh (Gerakan Tanah Air).