Oleh AMAL NABILA
KULIM – Hampir 5000 pengunjung hadir ke Majlis Jamuan Aidilfitri 2022 DUN Merbau Pulas di Dataran MBI Desaku, baru-baru ini.
Majlis raya ini merupakan aktiviti tahunan ADUN Merbau Pulas, YB Dato’ Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali.
Pelbagai juadah disediakan kepada tetamu yang hadir seperti, satay, cendol, roti canai, laksa, bihun sup, mee kuah, nasi gulai daging, kuih raya, dan bermacam-macam lagi.
Sementara itu kanak-kanak tidak dilupakan dengan pemberian ‘duit raya’ yang disampaikan Ustazah Ashah.
“Saya merakamkan terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir memeriahkan majlis sambutan ini. Kami pihak PKWR DUN Merbau Pulas berbesar hati dan gembira dapat berkongsi rezeki dan kegembiraan ini bersama semua.
“Saya mengharapkan dengan adanya majlis sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara pimpinan dan rakyat tanpa ada sebarang perbezaan,” katanya.
Majlis yang berakhir jam 5 petang tersebut turut dihadiri anggota Exco Kerajaan Negeri, ADUN, pegawai dan kakitangan kerajaan, parti politik, agensi serta badan bukan kerajaan.