Home Berita PAS Kedah

Penduduk Simpor dapat jalan baru

72
SHARE

SUNGAI PETANI – Penduduk Simpor kini boleh menarik nafas lega apabila jalan rosak di kampung itu telah mendapat perhatian pihak berwajib.

Ia berikut kerja-kerja menurap jalan di Kampung Padang Binjai dan Kampung Permatang Langsat mula dijalankan semalam.

Menurut ADUN Pantai Merdeka, YB Fadzli Hashim, jalan yang diturap semula adalah antara jalan yg mengalami kerosakan teruk dan telah diluluskan undian fasa 2 kerajaan negeri.

“Semoga dengan penurapan semula jalan kampung ini dapat memberi keselesaan kepada penduduk kampung untuk kegunaan harian,” katanya.