Home Berita PAS Kelantan

Lebih 47 ribu rakyat terima bantuan JKM setakat September 2022

100
SHARE

KOTA BHARU, 29 Nov: Exco Kebajikan Negeri, YB Dato’ Mumtaz Md Nawi memaklumkan 47,045 penerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan (JKM) setakat September 2022, melibatkan peruntukan RM164,337,952.

Menurutnya JKM berperanan mengurus pemberian bantuan di bawah peruntukan persekutuan dan negeri kepada kumpulan sasar.

“Kategori bantuan dibahagikan kepada enam iaitu Bantuan Kanak-kanak, Bantuan Warga Emas, Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya, Bantuan Pesakit Kronik atau Orang Kurang Upaya (OKU) Terlantar, Bantuan OKU Tidak Bekerja, Bantuan Anak Pelihara dan Bantuan Am Negeri,” jelasnya ketika menjawab soalan pada hari keempat.

Soalan berkaitan jumlah penerima bantuan bulanan daripada JKM di seluruh Kelantan tersebut diajukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tendong YB Rozi Muhamad dalam Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kelima Dewan Negeri Kelantan Ke-14 Tahun 2022, hari ini.