Home Berita PAS Kelantan

Lebih 1,000 pemilih dibantah disenarai semula

993
SHARE

TANAH MERAH: Seramai 1,018 senarai pemilih tidak dikenali yang berjaya dikesan pada suku keempat 2017 didapati disenarai semula di tiga Dun dalam Parlimen Tanah Merah.

Penyelaras bantahan bagi pihak PAS, Saari Hamzah berkata, pihaknya akan melaksanakan beberapa langkah yang dilihat relevan bagi menghadapi situasi itu.

Antaranya menggunakan khidmat peguam Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS.

“Selain itu membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Nama yang digugurkan sebelum ini tiba-tiba hari ini Umno buat tuntutan supaya nama itu didaftarkan semula dengan alasan sebagai emak angkat, saudara angkat dan sebagainya.

“Sepatutnya nama-nama yang digugurkan mesti dikeluarkan melalui rang, bukan tuntutan dan bantahan,” katanya di sini. –HARAKAHDAILY 12/3/2018