Home Berita PAS Kelantan

Lawatan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar ke PKRC

28
SHARE

KOTA BHARU, 2 Mei: YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar ketika lawatan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid -19 Berisiko Rendah (PKRC) di SMK Salor & Dewan Jubli Perak, Kota Bharu.

Ustaz Dato’ diberi taklimat oleh Pengarah PKRC Negeri Kelantan YBhg Dr. Mohd Azman Yaakob. Negeri Kelantan ketika ini telah membuka lima PKRC. Manakala PKRC terbaru dan terbesar di Dewan Utama Kampus, HUSM akan beroperasi pada 3 mei 2021 dengan kapasiti 496 katil.

Ustaz Dato’ Menteri Besar menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh agensi yang terlibat atas komitmen dan usaha memastikan operasi keseluruhan PKRC di Negeri Kelantan sentiasa dalam keadaan terbaik.

Sehingga 1 Mei 2021, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt bagi negeri Kelantan adalah 1.21 manakala untuk seluruh negara adalah 1.10. Kelantan mencatatkan kes keseluruhan sebanyak 14274 dan 33 kluster yang masih aktif.

Seluruh rakyat Kelantan diseru untuk terus patuh kepada SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Turut hadir dalam sesi lawatan tersebut ialah YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), YB Dato’ Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dr Izani Husin, Exco Kerajaan Negeri, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (Kelantan).