KUALA KRAI, 10 Ogos: YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, Exco Belia Dan Sukan Negeri Kelantan telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Majlis Daerah Dabong, semalam.
PPV Dabong ini telah mula beroperasi sejak bulan Jun yang lalu dengan memberikan suntikan vaksin kepada kira-kira 250 orang sehari secara purata dan kadang-kadang melebihi 300 suntikan.
Ahli Parlimen Kuala krai yang turut mengiringi lawatan tersebut menyatakan rasa syukur beliau diatas usaha kerajaan ini yang dilihat mampu untuk mempercepatkan proses vaksinasi kepada penduduk.
“Alhamdulillah, inilah usaha yang sedang dibuat oleh pihak kerajaan melalui KKM untuk mempercepatkan proses vaksinasi kepada para penduduk”.
Lawatan YB Exco ini ialah bagi menyantuni para sukarelawan khususnya melalui program MyVac yang diatur oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang turut dihadiri oleh pengarahnya.
Turut bersama ialah Ketua Jajahan Kuala Krai YM Tengku Ab Rahman Tuan Yunus, ADUN Dabong YB Ku Mohd Zaki, ADUN Manek Urai YB Mohd Fauzi Abdullah, ADUN Guchil YB Hilmi Abdullah dan Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Suzaimi Mohammad.
#LindungDiri
#LindungSemua