Home Berita PAS Kelantan

Lata Hokkaido tarikan baharu pelancong beriadah

140
SHARE

JELI, 21 September: Program Kelantan Land Rover Jamboree 2022 anjuran Kelab Land Rover Kelantan dengan kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Kelantan berjaya menghimpunkan 161 buah Land Rover dari seluruh Malaysia dan Thailand di Lata Hokkaiddo Glamping Park, Kuala Long.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan YB Dato’ Mejar (B) Md Anizam Ab Rahman berkata, Kerajaan Negeri menyokong penganjuran program yang bagus untuk membina hubungan baik antara dua negara di samping mampu merancakkan lagi industri pelancongan di Kelantan.

“Lata Hokkaido yang terletak berhampiran dengan Lata Janggut di Jeli mempunyai keunikan semulajadi tersendiri dengan panorama yang menarik dan sangat sesuai untuk melakukan aktiviti lasak dan beriadah seperti berkhemah dan mendaki gunung,” katanya ketika dihubungi semalam.

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 16 hingga 18 September itu melibatkan 500 peserta dan acara pembukaan dirasmikan oleh Ketua Jajahan Jeli Nik Raisnan Daud.
Manakala perasmian penutup pula disempurnakan YB Dato’ Mejar (B) Md Anizam pada malam 17 September.

Selain itu peserta program juga mengadakan konvoi ke Plaza Indonesia Malaysia Thailand Golden Triangle (IMT-GT) dan Jambatan Persahabatan Malaysia – Thailand dari Bukit Bunga – Ban Buketa sebagai simbolik hubungan kerjasama yang baik antara dua negara.