Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (9 Mei) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

942
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 9 Mei.

Menurut laporan itu terdapat satu kes baharu dan dua kes sembuh dicatatkan di Negeri Melaka semalam. Mukim Air Molek kini berubah dari zon kuning kepada zon hijau selepas tiada lagi kes aktif dicatatkan di mukim itu.

Laporan itu juga menyatakan Melaka mencatatkan satu kes kematian baharu semalam. Kali terakhir Melaka mencatatkan kematian baharu ialah pada 13 April lepas iaitu kes kematian keempat. Kematian ini adalah kes kumulatif kelima bagi Negeri Melaka dan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di seluruh Malaysia ialah sebanyak 108 kes.

Menurut laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kes kematian ke-108 ini adalah kes Covid-19 ke-2499. Mangsa merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 74 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit autoimun, darah tinggi dan penyakit tiroid. Beliau telah dirawat di Hospital Melaka pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 8 Mei 2020 jam 11.23 malam.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Catatan : Pada laporan ini hanya dilaporkan bilangan pesakit yang masih aktif iaitu bilangan pesakit yang masih dirawat sahaja.

Kes Positif Keseluruhan Melaka : 41 orang

• Melaka Tengah : 4 orang
• Alor Gajah : 6 orang
• Jasin : 7 orang
• Kes import (Melaka Tengah) : 24

Kes baharu : 1
Kes sembuh (keseluruhan) : 164 orang
Sedang dirawat : 41 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Balai Panjang : 1
Bukit Katil : 2
Padang Temu : 1
Kes import : 24

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 26

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Masjid Tanah : 2
Ramuan China Kechil : 1
Sungai Baru Ulu : 2
Sungai Siput : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 27

JASIN (Kategori Kuning)
Chabau : 1
Chohong : 1
Jasin : 3
Rim : 1
Tedong : 1

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 5
Mukim tidak terjejas = 16


Laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4 petang pada 9 Mei.

Menurut laporan itu 65 kes sembuh dilaporkan pada semalam menjadikan kadar kesembuhan meningkat kepada 74.81 peratus iaitu bersamaan dengan 4,929.

KKM juga memaklumkan dalam laporan itu bahawa mereka menemui satu kluster baharu yang melibatkan warga pekerja bukan warganegara Malaysia di Setia Alam. Kluster ini telah dikesan pada 6 Mei lepas, apabila menerima notifikasi dari sebuah hospital swasta.

Menurut KKM, hospital tersebut telah menjalankan saringan COVID-19 ke atas pekerja-pekerja yang bakal kembali bertugas dan mendapati tiga kes disahkan positif COVID-19 daripada lima orang pekerja yang telah disaring. Ketiga-tiga kes positif tersebut merupakan warga Bangladesh yang berkongsi tempat kediaman yang sama dengan 18 orang lain. Susulan itu, siasatan dan saringan bagi kontak rapat ketiga-tiga kes tersebut telah dijalankan.

Tambah KKM lagi, sehingga 9 Mei jam 12 tengah hari, seramai 28 orang telah disaring untuk COVID-19. Daripada jumlah keseluruhan ini, 12 kes didapati positif di mana kesemua kes-kes ini adalah merupakan warganegara Bangladesh. Sembilan kes pula didapati negatif dan tujuh kes masih menunggu keputusan. Punca jangkitan masih kluster ini juga masih di dalam siasatan.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 6589
Kes Baharu : 54
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1552
Kes ICU : 18
Kes Sembuh Baharu : 65
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 4929
Kematian Baharu : 1
Jumlah kematian : 108


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)