Home Artikel PAS Wilayah

Salam Nuzul Al-Quran 1441H

451
SHARE

Allah SWT telah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 185,

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (Surah Al-Baqarah : 185)

Nuzul Al-Quran membawa maksud penurunan Al-Quran dari langit kepada Nabi Muhammad SAW, rasul yang terakhir.

Kalamullah ini diturunkan pada bulan Ramadan sebagai pelengkap kitab – kitab yang telah diutuskan kepada para nabi dan rasul sebelum Baginda.

Allah juga telah berjanji bahawa wahyu teragung ini akan sentiasa terpelihara daripada kebatilan hingga ke akhir zaman.

Justeru, menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam untuk beriman dengan Al-Quran yang juga dinamakan sebagai Adz-Dzikr iaitu pemberi peringatan.

Marilah kita bersyukur atas nikmat Al-Quran ini dengan membaca, menghayati dan mengamalkan perintah serta peringatan yang terkandung di dalamnya.

Marilah kita bersama – sama memanfaatkan peluang dalam bulan Ramadan ini untuk mendalami Al-Quran seterusnya mendampingi kitab suci ini sebagai panduan dalam setiap sisi kehidupan kita. InsyaAllah.

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN