Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (8 Jun) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

980
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 8 Jun.

Menurut laporan itu, terdapat satu kes baharu dilaporkan di Melaka semalam daripada kategori import. Namun begitu tiada kes sembuh atau kes kematian baharu dilaporkan di Melaka semalam.

Seluruh Daerah Jasin juga kekal berada dalam zon hijau kerana tiada kes aktif atau kes baharu dilaporkan di daerah itu semenjak 30 Mei lepas.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 19 orang
• Melaka Tengah : 3 orang
• Alor Gajah : 1 orang
• Jasin : Tiada
• Kes import : 15 (1 kes baharu)

Kes baharu : Satu
Kes sembuh baharu : Tiada
Kes sembuh (keseluruhan) : 211 orang
Sedang dirawat : 18 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Alai : 1
Bukit Katil : 1
Sungai Udang : 1

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 26

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Pulau Sebang : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 30

JASIN (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 8 Jun.

Menurut KKM, hanya tujuh kes baharu dilaporkan semalam dan ianya adalah yang paling rendah sejak PKP dijalankan. Dua daripadanya adalah kes import dan lima lagi adalah penularan tempatan.

“Ini adalah bukti Malaysia berada di landasan betul hasil keberkesanan strategi dan pendekatan KKM” kata kenyataan itu.

Tambah KKM lagi, kelima-lima kes melibatkan penularan tempatan kesemuanya melibatkan warganegara. Dari lima kes tersebut satu kes dikesan di Kuala Lumpur, dua kes di Selangor dan tiga kes lagi di Sabah.

Laporan itu juga menyebut, 20 kes sembuh dan telah discaj direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 6,694 bersamaan 80.37 peratus.


STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 8322
Kes Baharu : 19
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1531
Kes ICU : 5
Kes Sembuh Baharu : 39
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 6674
Kematian Baharu : Tiada
Jumlah kematian : 117


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)