Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (6 Mei) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

512
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Pejabat Kesihatan Melaka melalui laman fb rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 6 Mei.

Menurut laporan itu terdapat satu kes baharu dicatatkan di Negeri Melaka semalam iaitu di Mukim Masjid Tanah. Ini menjadikan mukim ini kembali ke dalam zon kuning selepas baru beberapa hari berada di dalam zon hijau.

Selain itu, menurut laporan itu terdapat satu kes sembuh di Mukim Jasin, dalam Daerah Jasin.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Catatan : Pada laporan ini hanya dilaporkan bilangan pesakit yang masih aktif iaitu bilangan pesakit yang masih dirawat sahaja.

Kes Positif Keseluruhan Melaka : 43 orang
• Melaka Tengah : 5 orang
• Alor Gajah : 5 orang
• Jasin : 8 orang

Kes baharu : Seorang
Kes sembuh : 161 orang
Sedang dirawat : 43 orang
Kes kematian : 4 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Ayer Molek : 1
Balai Panjang : 1
Bukit Katil : 2
Padang Temu : 1
Kes import : 25

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 25

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Masjid Tanah : 1 (1 kes baharu)
Ramuan China Kechil : 1
Sungai Baru Ulu : 2
Sungai Siput : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 27

JASIN (Kategori Kuning)
Chabau : 1
Chohong : 1
Jasin : 4 (1 kes sembuh)
Rim : 1
Tedong : 1

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 5
Mukim tidak terjejas = 16


Laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4 petang pada 6 Mei.

Menurut laporan tersebut, jumlah keseluruhan kes positif ialah 6,428 kes dengan kadar kesembuhan 73.15 peratus bersamaan 4,702 kes dan kadar kematian 1.66 peratus atau 107 kes kematian.

Laporan itu juga menyatakan jumlah kes positif baharu adalah sebanyak 45 kes. Jumlah pesakit yang sembuh dan discaj adalah seramai 135 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 4,702 kes.

Lima negeri, menurut laporan itu, mencatatkan kes baharu semalam iaitu Melaka (1 kes), Sarawak (11 kes), Negeri Sembilan (2 kes), KL (22 kes) dan Selangor (9 kes). Di negeri-negeri lain tiada kes baharu direkodkan.

KKM menasihatkan orang ramai tidak ambil kesempatan dengan kelonggaran PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) yang diberikan. Kekalkan langkah pencegahan covid-19 yang diamalkan sebelum ini.


STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 6428
Kes Baharu : 45 (1 kes import)
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1619
Kes ICU : 22
Kes Sembuh Baharu : 135
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu) : 4702
Kematian Baharu : 1
Jumlah kematian : 107


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)