Home Artikel PAS Pahang

Timb. Pesuruhjaya PAS Pahang kembali ke Rahmatullah pagi ini

1571
SHARE

Cikgu Hj Hasenan Haron di masukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh malam tadi berikutan ada sakit masalah dalam perut serta tidak sedarkan diri dan memerlukan kepada bantuan oksigen.

Dukacita dimaklumkan Cikgu Hasenan Harun, Tim Pesuruhjaya PAS Pahang merangkap Yang Dipertua PAS Maran telah kembali ke rahmatullah sebelum subuh pada pagi ini, semoga Rohnya di rahmati Allah swt.

Perginya seorang pejuang yang mengabdikan diri di jalan Allah yang tidak pernah mengenal erti penat, putus asa dan juga kekalahan. Lemah gemalai budi pekerti gerak badan beliau pasti senantiasa diingati oleh ahli-ahli PAS Pahang khususnya.

Pergi yang pasti dicemburui oleh semua tatkala kembalinya pada bulan Ramadhan yang penuh mulia ini.

Semoga rohnya ditempatkan bersama para as siddiqin..

Salam takziah kepada pihak keluarga, semoga tabah menghadapi ujian ini.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

AlFatihah.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين