Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (6 Jun) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

294
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 6 Jun.

Menurut laporan itu tiada kes baharu, kes sembuh atau kes kematian baharu dilaporkan di Melaka semalam.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 18 orang
• Melaka Tengah : 3 orang
• Alor Gajah : 1 orang
• Jasin : Tiada
• Kes import : 14

Kes baharu : Tiada
Kes sembuh baharu : Tiada
Kes sembuh (keseluruhan) : 211 orang
Sedang dirawat : 18 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Alai : 1
Bukit Katil : 1
Sungai Udang : 1

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 26

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Pulau Sebang : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 30

JASIN (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 6 Jun.

Menurut KKM sehingga 6 Jun pukul 12:00 tengah hari, terdapat 37 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,303 kes.

Kenyataan itu menyebut, daripada 37 kes baharu yang dilaporkan, lapan kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Sementara baki 29 kes lagi adalah penularan tempatan. Daripada penularan tempatan ini pula 19 kes adalah bukan warganegara dan 10 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia.

Menurut kenyataan itu juga bagi 19 kes melibatkan bukan warganegara, lima dikesan di Selangor, lapan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, empat di Negeri Sembilan, dan masing-masing satu kes di Sarawak dan Labuan. Sementara bagi 10 kes melibatkan warganegara pula, lapan kes dikesan di Selangor, dan masing-masing satu kes di Sarawak dan Negeri Sembilan.

Selain itu kenyataan itu juga memaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu kes kematian berkaitan COVID-19. Kes kematian ke-117 (kes ke-2296) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 79 tahun. Beliau merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 ke 1508. Beliau mempunyai gejala bermula pada 18 Mac  dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 26 Mac  setelah disahkan positif COVID-19. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5 Jun jam 2.05 petang.

Sementara itu bagi kes kesembuhan pula, laporan itu menyebut 25 kes sembuh dan telah discaj direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 6,635 bersamaan 79.91 peratus.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 8303
Kes Baharu : 37
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1551
Kes ICU : 5
Kes Sembuh Baharu : 25
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 6635
Kematian Baharu : 1
Jumlah kematian : 117


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)