Home Artikel PAS Pahang

Jabatan Amal Pahang Kawal Pergerakan Semasa Solat Jumaat

605
SHARE

Temerloh : Jumaat 05 JUN 2020 (PKP/PKPB), Jabatan Amal Malaysia Kawasan Negeri Pahang diberi kepercayaan oleh pihak Jabatan Agama Islam melalui pegawai masjid daerah untuk kawalan Jemaah yang terpilih hadir Solat pada minggu kedua semalam.

Terima Kasih kepada pihak Masjid dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Temerloh, Jerantut, Kuantan kerana memberi peluang dan ruang kepada Jabatan Amal Negeri Pahang untuk sama-sama melancarkan perjalanan solat jumaat

Pihak JAMNP telah menerima maklumat bahawa insya seluruh masjid di negeri Pahang akan dikawal oleh anggota unit Amal semasa solat jumaat di musim Covid19.

Walaupun berita ini belum rasmi namun pihak JAMNP bersedia memberikan khidmat bakti sebagaimana beberapa daerah yang telah di berikan kepercayaan.

Pihak JAMNP mengalu-alukan masyarakat untuk membantu menghulurkan sumbangan bagi melicinkan lagi gerak kerja kemasyarakatan oleh JAMNP. hulurkan sumbangan anda ke akaun BANK ISLAM : JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI PAHANG : 06019010070049

High Alert Covid 19 : Sentiasa memakai penutup mulut, Membasuh Tangan dan penjarakkan sosial.

‘Kami Sayang Jabatan Amal’

Sekian.

JabatanAmalNegeriPahang

FightCovid19

UnitMedikDanPenyelamat

UnitSemboyanDanKomunikasi

SektorOperasi

Rescue

JabatanAmalMalaysia

SkuadBencanaNegeriPahang

BeramalKeranaAllah