Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (5 Jun) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

443
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 5 Jun.

Menurut laporan itu terdapat satu kes baharu dilaporkan semalam di Mukim Bukit Katil, Daerah Melaka Tengah. Ini menjadikan tiga mukim dalam Daerah Melaka Tengah masih terjejas setakat ini. Daerah Alor Gajah masih di dalam zon kuning dengan satu kes aktif di Mukim Pulau Sebang sementara Daerah Jasin kekal di dalam zon hijau tanpa kes aktif semenjak 30 Mei.

Laporan itu juga menunjukkan terdapat satu kes sembuh dilaporkan di Negeri Melaka semalam dari kategori kes import.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 18 orang
• Melaka Tengah : 3 orang
• Alor Gajah : 1 orang
• Jasin : Tiada
• Kes import : 14 (1 kes sembuh)

Kes baharu : Tiada 1
Kes sembuh baharu : 1
Kes sembuh (keseluruhan) : 211 orang
Sedang dirawat : 18 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Alai : 1
Bukit Katil : 1 (kes baharu)
Sungai Udang : 1

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 26

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Pulau Sebang : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 30

JASIN (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan

Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 5 Jun.

Menurut laporan itu sebanyak 19 kes baharu telah dilaporkan semalam di mana tujuh daripadanya adalah kes import manakala 12 kes lagi adalah penularan tempatan.

Tambah laporan itu lagi, daripada jumlah kes penularan tempatan ini, tiga kes adalah adalah bukan warganegara dan sembilan kes adalah warganegara Malaysia.

Laporan itu juga menjelaskan, bagi tiga kes bukan warganegara, dua darinya di kesan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu lagi di Pahang. Sementara bagi sembilan kes melibatkan warganegara pula, empat dikesan di Selangor, tiga di Sabah dan masing-masing satu kes di Melaka dan Sarawak.

Sementara itu bagi kes sembuh pula, laporan itu menyatakan sebanyak 51 kes sembuh dan telah discaj direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 6,610 kes atau 79.97 peratus.

Satu kes kematian baharu direkodkan semalam menurut laporan yang sama. Ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini adalah sebanyak 116 kes atau 1.4 peratus. Kali terakhir kes kematian direkodkan adalah pada 2 Mei lepas.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 8266
Kes Baharu : 19
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1540
Kes ICU : 6
Kes Sembuh Baharu : 51
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 6610
Kematian Baharu : 1
Jumlah kematian : 116


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)