Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (4 Jun) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

435
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 4 Jun.

Menurut laporan itu tiada kes baharu, kes sembuh dan kes kematian direkodkan di Negeri Melaka semalam. Semalam adalah hari kedua Melaka tidak merekodkan kes baharu, kes sembuh atau kes kematian.

Untuk rekod, Daerah Jasin kekal berada di dalam zon hijau semenjak 30 Mei. Sementara Daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah masih berada dalam zon kuning.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 18 orang
• Melaka Tengah : 2 orang
• Alor Gajah : 1 orang
• Jasin : Tiada
• Kes import : 15

Kes baharu : Tiada
Kes sembuh (keseluruhan) : 210 orang
Sedang dirawat : 18 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Alai : 1
Sungai Udang : 1

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 2
Mukim tidak terjejas = 27

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Pulau Sebang : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 30

JASIN (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 4 Jun.

Menurut laporan itu, terdapat 277 kes baharu dilaporkan semalam. Dua kes adalah kes import sementara baki 275 kes lagi adalah penularan tempatan.

Laporan itu menyatakan dari 275 kes penularan tempatan ini pula 271 kes adalah melibatkan bukan warganegara yang dilaporkan dari dalam kalangan warga asing di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Menurut laporan itu lagi, hanya empat kes sahaja dari penularan tempatan yang melibatkan warganegara. Dua kes dilaporkan dari Negeri Sembilan dan masing-masing satu kes dari Selangor dan Pahang.

Selain itu, turut dilaporkan ialah 28 kes sembuh dan telah discaj direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 6,559 bersamaan 79.53 peratus.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 8247
Kes Baharu : 277
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1573
Kes ICU : 6
Kes Sembuh Baharu : 28
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 6559
Kematian Baharu : TIADA
Jumlah kematian : 115


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)