Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (30 Mei) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

1134
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 30 Mei.

Berita baik buat rakyat Melaka, menurut laporan itu Daerah Alor Gajah dan Jasin telah bertukar kepada zon hijau daripada zon kuning sebelum ini apabila tiada lagi kes aktif direkodkan di kedua-dua daerah itu semalam. Sementara Daerah Melaka Tengah masih kekal di zon kuning.

Tambah laporan itu lagi, terdapat dua kes baharu direkodkan di Negeri Melaka semalam setelah ia tidak mencatatkan sebarang kes baharu Covid-19 selama tujuh hari berturut-turut semenjak 23 Mei. Kedua-dua kes baharu itu direkodkan di Daerah Melaka Tengah iaitu satu di Mukim Alai dan satu lagi di Mukim Sungai Udang.

Selain itu laporan itu juga menyatakan bahawa terdapat empat kes sembuh baharu di Negeri Melaka iaitu satu kes setiap satu di Mukim Batu Berendam (Daerah Melaka Tengah), kategori import (Daerah Melaka Tengah), Mukim Sungai Baru Ulu (Daerah Alor Gajah) dan Mukim Jasin (Daerah Jasin). Tiada kes kematian baharu direkodkan di Negeri Melaka semalam.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 3 orang
• Melaka Tengah : 2 orang
• Alor Gajah : TIADA
• Jasin : TIADA
• Kes import (Melaka Tengah) : 1

Kes baharu : 2
Kes sembuh (keseluruhan) : 210 orang
Sedang dirawat : 3 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Alai : 1 (kes baharu)
Sungai Udang : 1 (kes baharu)
Kes import : 1 (1 kes sembuh)

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 2
Mukim tidak terjejas = 27

ALOR GAJAH (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan

JASIN (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan


Sementara iitu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang pada 30 Mei.

Menurut kenyataan media KKM itu, 30 kes baharu telah dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes positif seluruh negara adalah sebanyak 7762 kes.

Kenyataan media itu turut memperincikan dari 30 kes yang direkodkan semalam, tiga adalah dari kes import sementara 27 lagi adalah kes tempatan. Bagi 27 kes tempatan itu pula 17 darinya adalah pesakit warga asing dan hanya sepuluh orang sahaja dari dari kalangan warganegara.

Laporan yang sama juga menyatakan terdapat 30 kes sembuh baharu dan telah discaj direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh adalah sebanyak 6330 bersamaan 81.6 peratus.

Menurut laporan itu lagi tujuh negeri merekodkan kes baharu semalam iaitu Putrajaya empat kes, Melaka dua kes, Negeri Sembilan empat kes, Selangor lima kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 13 kes, Perak satu kes dan Johor satu kes. Negeri-negeri lain tidak merekodkan sebarang kes baharu.


STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 7762
Kes Baharu : 30
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1317
Kes ICU : 9
Kes Sembuh Baharu : 95
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 6330
Kematian Baharu : TIADA
Jumlah kematian : 115


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)