Home Artikel PAS Sarawak

Gawai 2020 Semasa PKPB, Satu Pengorbanan Daripada Anak Sarawak

465
SHARE

Gawai Dayak merupakan salah satu perayaan besar di negeri Sarawak. Saban tahun silih berganti, perayaan ini disambut dengan meriah sesuai dengan persiapan zaman tanpa mencemar adat resam dan budaya masyarakat Dayak yang menyambutnya.

Manfaat daripada perpaduan kaum yang erat dan utuh di Sarawak telah mendominasikan “multiculturalism” yang sebenar di Malaysia bahkan di dunia.

Tidak ada perayaan rakyat Malaysia yang tidak disambut di Sarawak. Begitulah damainya negeri Sarawak “Tanah Pusakaku, Tanah Tumpah Darahku, Ibu Pertiwiku” seperti bibit lagu Negeri.

Kelebihan pelbagai kaum dan etnik di Sarawak telah mewujudkan kepelbagaian sambutan perayaan. Ini menjadi pentas untuk mengenali budaya antara satu sama lain.

Malah, peluang ini juga telah berjaya mengeratkan hubungan antara kaum dan etnik di Sarawak. Kini, sambutan perayaan daripada pelbagai kaum bukan lagi dirayakan dengan kelompok kaum sendiri sahaja, anak-anak Sarawak akan membuat perancangan untuk bersama menjemput rakan dan saudara dari kaum lain untuk hadir menyambutnya bersama. Indahnya suasana saling menghormati kita!

Namun tahun ini, suasana sambutan perayaan di Sarawak berbeza kerana kita masih lagi berperang dengan COVID-19. Kita mensyukuri kurniaan Tuhan kerana memberi kita peluang untuk terus menikmati kehidupan di dunia berbanding dengan anak-anak Sarawak lain yang telah menjadi mangsa korban wabak ini.

Sepertimana kita patuh memelihara agama, adat resam dan budaya kita, PAS Sarawak menyeru agar kita semua juga dapat mematuhi arahan semasa untuk sambutan perayaan Gawai.

Jagalah ahli keluarga kita sendiri walaupun hati kita meronta untuk menyambutnya bersama dalam majlis yang meriah bersama orang lain. Pengorbanan kita hari ini adalah untuk kesenangan kita di tahun mendatang. Kesihatan dan keselamatan keutamaan kita bersama.

Begempung dibaruh siti perabung,begulai siti tansang. Betuchong kitai baka bukit,ngebung kitai baka langit.

SELAMAT ARI GAWAI DAYAK 2020. GAYU GURU GERAI NYAMAI.

Hj. Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak