Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (3 Mei) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

968
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Pejabat Kesihatan Melaka melalui laman fb rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 3 Mei.

Mengikut laporan tersebut terdapat tiga kes positif baharu di Negeri Melaka semalam. Ketiga-tiga kes baharu dilaporkan itu adalah di Daerah Alor Gajah iaitu dua di Mukim Sungai Baru Ulu dan satu di Mukim Masjid Tanah.

Mukim Sungai Baru Ulu yang sekian lama berada dalam zon hijau kini bertukar semula kepada zon kuning dengan pertambahan dua kes baharu ini. Di peringkat awal wabak terdapat satu kes di mukim ini tetapi telah sembuh semenjak awal April.

Sementara Mukim Durian Tunggal dan Bandar Jasin kini memasuki zon hijau apabila tiada lagi kes aktif dicatatkan semalam. Seluruh Melaka semalam masih kekal dikategorikan dalam zon kuning semenjak 27 April lepas.

Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Catatan : Pada laporan kali ini kita hanya melaporkan bilangan yang masih aktif iaitu bilangan pesakit yang masih dirawat sahaja tanpa meletakkan bilangan kumulatif.

Kes Positif Keseluruhan Melaka : 64 orang
• Melaka Tengah : 5 orang
• Alor Gajah : 5 orang
• Jasin : 12 orang

Kes baharu : 3 orang
Kes sembuh : 136 orang
Sedang dirawat : 64 orang
Kes kematian : 4 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut kawasan dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Ayer Molek : 1
Balai Panjang : 1
Bukit Katil : 2
Padang Temu : 1
Kes impot : 42

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 25

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Masjid Tanah : 2 (1 kes baharu)
Sungai Baru Ulu : 2 (baharu)
Sungai Siput : 1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 28

JASIN (Kategori Kuning)
Chabau : 2
Chohong : 1
Jasin : 7
Rim : 1
Tedong : 1

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 6
Mukim tidak terjejas = 15


Laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4 petang pada 3 Mei.

Menurut laporan itu, jumlah keseluruhan kes positif ialah 6,298 kes dengan kadar kesembuhan 70.07 peratus bersamaan 4,413 kes dan kadar kematian 1.67 peratus atau 105 kes  kematian. Empat negeri kini berada dalam zon hijau iaitu Perlis, Kelantan, Kedah dan Perak.

Dalam laporan itu juga KKM menasihatkan orang ramai tidak ambil kesempatan dengan kelonggaran PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) yang diberikan. Kekalkan langkah pencegahan covid-19 yang diamalkan sebelum ini.

Pihak KKM dalam laporanya turut mengingatkan rakyat Malaysia bahawa pandemik COVID-19 ini belum berakhir. Orang ramai diminta untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu yang disarankan. Amalan seperti penjarakan sosial dan juga penjagaan kebersihan diri perlu diteruskan.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 6298
Kes Baharu : 122
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1780
Kes ICU : 27
Kes Sembuh Baharu : 87
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu) : 4413
Kematian Baharu : 2
Jumlah kematian : 105


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)