Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (29 Jun) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

223
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 29 Jun.

Menurut laporan itu tiada kes baharu direkodkan di Negeri Melaka semalam menjadikan semalam hari ke sembilan berturut-turut Melaka tidak merekodkan kes baharu semenjak 22 Jun lepas.

Tambah laporan itu lagi sebanyak dua kes sembuh baharu direkodkan semalam menjadikan kes aktif yang masih dirawat kini hanya tinggal empat kes.

Daerah Alor Gajah semalam telah bertukar kepada zon hijau selepas tiada lagi kes aktif direkodkan di daerah itu sementara Daerah Jasin kekal di dalam zon hijau dan Daerah Melaka Tengah pula kekal di dalam zon kuning.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 4 orang
• Melaka Tengah : 1 orang
• Alor Gajah : Tiada
• Jasin : Tiada
• Kes import : 3 orang

Kes baharu : Tiada
Kes sembuh baharu : 2 orang
Kes sembuh (keseluruhan) : 247 orang
Sedang dirawat : 4 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Bandar Melaka : 1

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 28

ALOR GAJAH (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan

JASIN (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang 29 Jun.

Menurut KKM hanya tiga kes baharu direkodkan semalam melibatkan dua kes penularan tempatan dan satu kes import di mana dua kes penularan tempatan itu masing-masing satu kes dikesan di Selangor dan Sabah sementara satu kes import itu pula dikesan di Selangor.

Tambah KKM lagi sebanyak 16 kes sembuh baharu direkodkan semalam menjadikan kes kesembuhan keseluruhan adalah sebanyak 8334 kes sementara 182 kes aktif masih dirawat.

KKM juga memaklumkan tiada kematian baharu dilaporkan semalam menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 121 kes atau 1.4 peratus.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 8637
Kes Baharu : 3
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 182
Kes ICU : 4
Kes Sembuh Baharu : 16
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 8334
Kematian Baharu : Tiada
Jumlah kematian : 121


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)