Home Berita PAS Melaka

Laporan Terkini (28 April) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

930
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA : Pejabat Kesihatan Melaka melalui laman fb rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 28 April.

Mengikut laporan tersebut TIADA kes baru dicatatkan di Melaka semalam. Di samping itu terdapat tiga kes sembuh baharu semalam.

Dari laporan itu juga, seluruh Melaka semalam masih kekal dikategorikan dalam zon kuning semenjak 27 April. Mukim Lendu pula berubah dari zon kuning kepada zon hijau apabila tiada lagi pesakit aktif dilaporkan bermula semalam. Ini menjadikan daripada keseluruhan 81 mukim seluruh Melaka hanya 12 mukim yang masih terjejas berbanding 13 semalam.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Panduan membaca laporan :
A/B bermaksud :
A adalah jumlah kes terkumpul keseluruhan.
B pula adalah bilangan yang masih dirawat.

Contohnya jika laporan tertulis ’10/6′ bermaksud jumlah kes keseluruhan ialah 10 orang, terdapat 6 orang yang masih dalam rawatan, sementara baki 4 orang lagi samada telah sembuh atau meninggal dunia.

Kes Positif Keseluruhan Melaka : 193/67 orang
• Melaka Tengah : 92/9
•  Gajah Alor : 29/4
• Jasin : 72/15

Kes baru : TIADA
Kes sembuh : 122 orang
Sedang dirawat : 67 orang
Kes kematian : 4 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut kawasan:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Ayer Molek : 3/1
Balai Panjang : 4/1
Bandar Melaka : 1/1
Bukit Katil : 9/1
Padang Temu : 11/5
Kes impot : 42/39

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 5
Mukim tidak terjejas = 24

ALOR GAJAH (Kategori Kuning)
Durian Tunggal : 5/1
Lendu : bebas
Masjid Tanah : 2/2
Sungai Siput : 1/1

Jumlah Mukim = 31
Mukim terjejas = 3
Mukim tidak terjejas = 28

JASIN (Kategori Kuning)
Bandar Jasin : 4/1
Chabau : 1/1
Chohong : 7/1
Jasin : 41/12

Jumlah Mukim = 21
Mukim terjejas = 4
Mukim tidak terjejas = 17


Laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4 petang 28 April 2020. Jumlah keseluruhan kes positif ialah 5,851 kes dengan kadar kesembuhan 68.91 peratus bersamaan 4,032 kes dan kadar kematian 1.71 peratus atau 100 kes kematian.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 5851
Kes Baharu : 31
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 1719
Kes ICU : 36
Kes Sembuh Baharu : 75
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu) : 4032
Kematian Baharu : 1
Jumlah kematian : 100


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)